BUSANA WARISAN ANGGUN telah ditubuhkan pada 25 Disember 2008 sebagai sebuah syarikat Bumiputra yang ingin berdaya saing kearah syarikat global. Sebelum menubuhkan syarikat ini, kami aktif dalam melaksanakan aktiviti Menerima Tempahan Pakaian Tradisional,Moden & Menjual Baju Siap, Kain Ela dan Tudung secara kecil-kecilan.
Kami juga akan meluaskan lagi jualan dengan membuka kedai alatan jahit, mengambil tembahan pakaian uniform dari sektor kerajaan dan swasta. Selain itu, kami juga akan memperbanyakkan koleksi pakaian siap & tudung yang terkini mengikut keadaan semasa dan alatan jahitan yang lengkap.
Dengan keadaan ekonomi yang merudung pada masa sekarang, kami akan mengadakan lebih banyak promosi dan iklan. Pengalaman yang diperolehi sebelum penubuhannya telah mendorong kami untuk menerokai bidang yang diceburi ke peringkat yang lebih Global dan Professional setanding dengan syarikat lain.
Sehubungan dengan itu, kami juga akan melakukan jualan secara online melalui facebook page dan juga melalui blog ini. Dengan cara ini mungkin akan lebih sistematik serta lebih cepat dalam menjalankan perniagaan.
Oleh yang demikian, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan urusan jual beli boleh berurusan dengan kami melalui :
Email : nzbusanawarisananggun@gmail.com
FB Page : Busana Warisan Anggun
Blog : nzbusanawarisananggun.blogspot.com
No comments:
Post a Comment